Ikan buntal atau Puffer fish mempunyai racun semula jadi iaitu tetradoxin (TTX) yang terdapat dalam ovari, hati dan usus ikan tersebut. Walaubagaimanapun, hati ikan ini dianggap bahagian paling lazat. Sekiranya manusia termakan racunnya, mangsa akan mengalami lumpuh beransur-ansur, dan jika tidak mendapat rawatan segera boleh membawa maut. Walaupun ramai mengetahui akan bahaya racunnya, ia masih menjadi hidangan kegemaran kebanyakkan orang.