Mungkin tidak ramai yang pernah menemui ikan ini secara berdepan. Hiu Gergaji atau nama saintifiknya Pristis Microdon antara spesies ikan terancam yang boleh ditemui di air masin dan juga air tawar. Jika di barat, ia dikenali sebagai Largetooth Jawfish yang membawa maksud ikan bergigi besar. Saiznya mampu membesar sehingga kepanjangan 7 meter.

 

Gergaji pada muncung ikan ini berderia sensitif dan berfungsi sebagai senjata pelindung diri dan juga untuk mencari mangsa. Dengan ‘gergaji’ tersebut, ia merobek badan mangsa yang telah mati sehingga terbelah. Setelah badan mangsa terbelah, proses makan akan menjadi lebih mudah. Spesies ikan ini semakin terancam kerana kelebihan ‘gergaji’ di hadapannya diburu untuk dijadikan barang perhiasan.