Ikan kelah juga dikenali sebagai Mahseer atau juga Tor tambroides. Ikan ini bersisik besar dan merupakan ikan sukan yang popular dan banyak terdapat di india dan secara amnya di Asia selatan. Habitat spesis ini adalah di kawasan tasik atau sungai yang beraliran deras dan ia biasanya membiak di kawasan berbatu.