Ikan kerapu merupakan antara ikan yang popular di Malaysia. Selain isinya yang enak, ikan kerapu juga mempunyai harga pasaran yang tinggi. Habitat kerapu adalah di kawasan berbatu dan mempunyai terumbu karang. Selain itu, ikan kerapu gemar tinggal di struktur buatan manusia seperti ujam dan tukun. Pemilihan habitat ini adalah bagi memudahkan kerapu mencari mangsanya. Berikut adalah sepsis kerapu yang popular di Malaysia.

 

Kerapu Bara

Nama saintifik: Epinephelus retouti

Nama umum: Red-tipped grouper

Umpan: Isi ikan atau sotong

Harga pasaran: RM 16-18/kg

 

Kerapu Boron/Bintik/Karang

Nama saintifik: Epinephelus malabaricus

Nama umum: Malaba grouper

Umpan: Isi ikan dan sotong atau umpan hidup

Harga pasaran: RM 30/kg

 

Kerapu Pisang

Nama saintifik: Plectropomus pessuliferus

Nama umum: Roving coralgrouper

Umpan: Isi ikan, sotong, dan jig besi

Harga pasaran: RM 35/kg (harga peraih) RM 75/kg (harga restoran)

 

Ikan Gertang

Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus

Nama umum: Gianted-tipped grouper

Nama tempatan: Kertang

Umpan: Udang hidup, sotong, dan ikan hidup seperti kembung, selar, dan ikan belanak

Harga pasaran: RM 30/kg