Di Malaysia terdapat dua jenis spesies ebek yang sering dinaikkan dan boleh mengelirukan iaitu spesies ebek kapak dan ebek bulat. Ebek kapak merupakan spesies Alectis indica manakala spesies ebek bulat pula merupakan spesies A. ciliaris. Perbezaannya pula dapat dilihat melalui bentuk badannya di mana ebek kapak mempunyai bentuk badan yang lebih bersudut terutama pada bahagian kepala. Dan ebek kapak juga mempunyai tompok hitam pada bahagian operkulum atas berhampiran dengan sirip pektoral sedangkan tanda hitam ini tidak hadir pada ebek bulat. Ebek bulat juga mempunyai badan yang lebih padat dan tebal berbanding ebek kapak. Selain itu sirip kaudal ebek bulat lebih panjang selain mempunyai sirip anal yang lebih panjang berbanding ebek kapak.

Dalam pancingan, ebek bulat agak cerewet dengan umpan tiruan dan sering dinaikkan dengan menggunakan umpan sotong atau udang hidup manakala ebek kapak pula lebih mudah terpedaya dengan unjunan besi atau pancingan dasar.

(ebek kapak)

(ebek bulat)