Sikang atau nama saintifiknya ‘Raiamas guttatus’ merupakan spesies yang mendiami sungai-sungai berbatu halus (pasir+batu-batu kecil). Spot mainan ikan ini adalah sepanjang sungai berpasir yang landai, dalam dan di air yang berolak.

 

Spesies ini banyak direkodkan di sungai-sungai di negeri Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sikang juga boleh ditemui Kedah, Negeri Sembilan dan di negeri-negeri lain. Cuma tiada rekod yang mengatakan adanya ikan ini di negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun ada pemancing yang mengatakan ikan ini wujud dan pernah didaratkan. Cuma sejauh mana kesahihan cerita ini belum dapat dipastikan.

 

Walaupun berbeza benua, ikan sikang memiliki persamaan dengan ikan trout, terutama dari sisi mulutnya. Namun sikang dan trout bukanlah datang dari famili yang sama. tetapi, disebabkan miripnya itulah, sikang mendapat julukan The Malayan Trout.

 

TIP MEMANCING SIKANG

*Spoon, apa juga jenis gewang boleh digunakan, tetapi mestilah kecil.

*Set joran sebaiknya gunakan jenis ultra light, jika ingin merasai larian ikan ini.

Jik air keruh, gunakan popper kecil.

*Sikang antara ikan yang jenis banyak tulang. Sentiasa lakukan catch & release dan janganlah berhajat untuk memeliharanya di dalam akuarium, sekalipun anda ada membawa oksigen kerana, ikan ini cepat mati dan ia memerlukan persekitaran asal untuk hidup.