Ikan tembakang atau nama saintifiknya Helostoma Temmincki merupakan ikan air tawar yang bertubuh pipih vertikal. Salah satu ciri unik ikan ini ialah mulutnya yang menjulur ke hadapan membantunya mengambil sisa makanan. Spesis ikan ini adalah omnivor yang memakan hampir segala jenis makanan.