Selain 1000 helai baju T, pengurusan Kolam Seri Bayu Tekala turut menyediakan bubur lambok bagi setiap pendaftaran sempena pertandingan memancing Cabaran Malam Minggu Ramadhan, yang berlangsung di kolam tersebut hujung minggu lalu. Sempena Ramadan juga, pertandingan memancing yang menawarkan 200 ranking pemenang, RM 30,000 untuk pemenang utama dan RM 86,500 bagi ganjaran keseluruhan ini dilangsungkan pada waktu malam bermula jam 11 malam hingga 3.30 pagi.

(peserta beratur panjang untuk menimbang ikan)


Pertandingan yang dilangsungkan pada waktu malam bukan sekadar menyaksikan jumlah tangkapan yang lebih banyak bahkan ikan bersaiz mega berjaya didaratkan. Ikan patin seberat 8.645 kilogram yang menduduki tempat terakhir dalam 200 ranking yang disediakan sudah cukup membuktikannya. Setelah pertandingan berakhir, peserta dari Bukit Bulat, Melaka yang mendaftarkan nama sebagai Wahita 15 muncul sebagai juara apabila mendaratkan spesies patin seberat 16,210 kilogram pada jam 11.42 malam atau selepas 42 minit pertandingan baru bermula. Dengan kemenangan tersebut, Wahita 15 yang membawa nama kolam pancing Wahita Joran membawa pulang ganjaran kejuaraan tempat pertama sebanyak RM 30,000.

Sementara peserta dengan nama pendaftaran Mirul XXXL yang bertanding di Kolam 2 berjaya mendaratkan spesies patin seberat 14.110 kg pada jam 11.56 malam berjaya menduduki podium di tempat kedua sekali gus membawa pulang RM 10,000. Manakala di tangga ketiga pula dimenangi oleh peserta dengan nama pendaftaran Jalak Lenteng yang berjaya mendaratkan spesies patin seberat 13.715 kg.

(Juara bersama rakan sekumpulan dari Wahita Joran)

Carta Top 10 Pemenang

1.    WAHITA 15 - Patin 16.210 kg (RM30,000)
2.    MIRUL XXXL - Patin 14.110 kg (RM10,000)
3.    JALAK LENTENG - Patin 13.715 kg (RM5,000)
4.    MEGAT PATI - Patin 13.505 kg (RM1,000)
5.    FAIZ - Patin 13.440 kg (RM500)
6.    ARI - Patin 13.275 kg (RM500)
7.    J9 - patin 13.165 kg (RM500)
8.    ARI - patin 12.920 kg (RM500)
9.    SONGKOK RAYA - patin 12.700 kg (RM500)
10.    AMIR MEDAN - patin 12.665 kg (RM500)