Ketika Asian Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2016, yang berlangsung di Tasik Kenyir, Terengganu wakil dari Korea Sport Fishing Association (KSA), Kim Sunkyu dan Mr Kim Chanyong  iaitu satu badan yang menganjurkan International Bass Fishing di Tasik Andong, Korea. Acara yang mendapat penyertaan pemancing profesional dari  pelbagai negara termasuk Jepun, China, Australia,Thailand,Indonesia dan Amerika Syarikat. Hasil dari persetujuan bersama pihak KSA berminat menyediakan empat penyertaan (pada asalnya) dari program AMCT untuk menyertai acara di Tasik Andong pada 27 dan 28 May 2017.

Untuk mencari empat peserta yang layak pihak Sekretariat MCT telah melancarkan satu program yang di namakan Anglers Exchange Program di mana peserta perlu melalui beberapa ujian kelayakan termasuk mesti mempunyai enjin bot berjenama Mercury dan pernah menyertai program yang dianjurkan oleh Sekretariat Mct. Setelah tamat pencarian dan sedikit perubahan jumlah penyertaan Hafiz hussin, Kay Fairuz Kamaruddin, Samsu Bahri Ismail, Azri bin Ngah, Ahmad Zulfa Shafie, Vincent Gan, Chung fai Chan dan Chee Wooi Kang terpilih untuk mewakili Malaysia.

Menurut Azri Ngah, Pengerusi Sekretariat MCT yang turut menjadi peserta dalam kejohanan ini, konsep dan peraturan kejohanan tidak sulit atau terlalu komplikasi. Setiap peserta sama ada tempatan atau antarabangsa akan dipasangkan dengan seorang guide atau pemancing profesional dari KSA. Jumlah tangkapan yang diambil kira hanya 10 ekor untuk tempoh pertandingan selama dua hari. Antara peraturan lain pula, hanya tali tangsi atau mono filamen 4-8 lb dan umpan soft plastic 3-8 inci sahaja yang dibenarkan.

Memancing dengan menggunakan bass boat yang lengkap dengan sistem GPS, sonar dan fish finder sememangnya impian semua pemancing, namun memancing ketika hari pertama puasa di bumi Korea yang mana waktu siangnya lebih panjang berbanding malam (Subuh 3.25 pagi dan Maghrib 7.40 malam) merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Dan kejohanan ini, peserta dari Malaysia, Vincent Gan yang berpasangan dengan Kim Hyo-cheol berjaya berada di tangga keempat dari seratus pasangan yang bertanding.

 

Carta Top 10

1. Kim Doo-Rok / Crown - 10 ekor - 15.240 kg

2. Yong Hong Won / Park Sang Jo - 10 ekor - 14.130 kg

3. Yong Soon Park / Noh Jae-won - 10 ekor - 14.110 kg

4. Kim Hyo-cheol / Vincent Gan - 10 ekor - 13.970 kg

5. Kim Joon Mo / Kim Young-mo - 10 ekor - 13.460 kg

6. Kim Jong Hyeon / Warren Carter - 10 ekor - 13.370 kg

7. Coal Work / Kim Myung-ho - 10 ekor - 13.350 kg

8. Kim Si-ho / Kim Dong-yong - 10 ekor - 13.310 kg

9. Mourner / Lee So-la - 10 ekor - 10 ekor - 13.010 kg

10. Huh Young-shik / Moonlight - 10 ekor - 12.950 kg