Bila tiba musim mencandat sotong, ramailah yang berkunjung ke negeri Terengganu. Awal bulan Jun lalu, majalah Umpan dengan kerjasama Fais Holidays & Travel telah pun mengadakan trip mencandat sotong selama 3 malam 2 hari bersama pembaca majalah Umpan.
Dengan bayaran yang cukup-cukup murah RM250 seorang, pakej mencandat ini merangkumi perjalanan pergi dan balik dari Shah Alam ke Kuala Terengganu
menaiki bas persiaran, makan dan minum, penginapan di homestay, peralatan mencandat dan juga kos sewa bot kelas A. Berikut catatan diari pahit manis trip mencandat sotong. Trip ini dirangka akan akan menjadi trip tahunan majalah Umpan dan juga Fais Holidays & Travel.

HARI PERTAMA
Pagi: Bertolak dari Shah Alam ke Kuala Terengganu pada jam 12.00 malam. Tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 6 pagi, sarapan, rehat di homestay.
Tengah hari: Membuat persiapan untuk mencandat.
Petang: Menaiki bot dari Pulau Duyung dan sesi mencandat bermula. Percubaan trolling berjaya membuahkan hasil, seekor tenggiri beratnya sekitar 5kg berjaya dinaikkan. Rata-rata peserta cukupteruja bila sotong berjaya dinaikkan.
Tengah malam: Cuaca yang cukup baik pada awalnya, tiba-tiba sahaja hujan dan berangin. Alun ketika ini semakin kuat, mengakibatkan seorang demi seorang peserta mabuk dan akhirnya ‘tumbang’. Selepas perbincangan, akhirnya kami semua terpaksa pulang awal pada malam itu.


HARI KE- 2:
Pagi: Hari terakhir berada di Kuala Terengganu. Walaupun sepatutnya trip akan berakhir pagi ini, kami terpaksa akur dengan faktor alam. Selesai sarapan, kami berangkat ke bandar Kuala Terengganu shopping di Pasar Payang. Tengah hari: Sotong dan tenggiri hasil candat dan memancing semalam diberi kepada tukang masak untuk dijadikan hidangan makan tengah hari. Masak lemak kuning, sotong masak pedas memang terangkat!
Petang: Sebelum pulang ke homestay, kami semua sempat borong keropok lekor dan keropok ikan. Ia ole-ole yang wajib dibawa pulang. Pukul 4 petang, bas
bertolak ke Shah Alam Tengah malam: Lebuh raya Karak sesak teruk kerana musim cuti sekolah. Kami akhirnya selamat tiba di perkarangan pejabat Kumpulan Media Karangkraf pada jam 2 pagi.