Salah satu cara untuk menyambungkan mata kail dengan perambut. Ia satu ikatan yang mudah dilakukan dan berkesan menahan asakan apabila mata kail tertancap di dalam mulut ikan.

 

Langkah 1

Lingkarkan tali perambut dengan hujungnya kira-kira sejengkal

 

Langkah 2

Pastikan lingkaran tersebut berada pada bahagian mata kail

 

Langkah 3

Kepitkan lingkaran tersebut dengan tangan kiri dan mulakan lilitan menggunakan bahagian hujung perambut

 

Langkah 4

Lilit sekurang-kurangnya 5 kali pada teras mata kail menghala ke arah mata

 

Langkah 5

Masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi

 

Langkah 6

Tarik kedua-dua tali tersebut dan pastikan lilitan tidak terlepas dari teras mata kail

 

Langkah 7

Potong lebihan tali pada bahagian hujung tali. Sangkutkan mata kail pada sesuatu dan tarik tali perambut seketatnya