Ikatan ini sesuai untuk menyambung perambut nylon atau tali sulam dengan mata kail atau kili atau juga gewang yang memiliki cincin. Satu ikatan yang mudah namun memiliki tahap kekuatan dan ketahanan yang padu.

 

Langkah 1

Masukkan tali melalui lubang cincin.

 

Langkah 2

Masukkan sekali lagi tali ke dalam lubang cincin tersebut.

 

Langkah 3

Tarik hujung tali kira-kira sejengkal dan lingkarkan kembali ke arah cincin.

 

Langkah 4

Tindan hujung tali ke atas tali yang dirapatkan keduanya.

 

Langkah 5

Lilitkan hujung tali tersebut kepada kedua-dua tali yang dirapatkan.

 

Langkah 6

Buatkan lilitan kira-kira 4 hingga 7 kali.

 

Langkah 7

Tarik hujung tali sambil memegang lilitan sehingga terbentuk simpulan.

 

Langkah 8

Tarikh tali utama sehingga simpulan terikat kemas pada cincin dan potong lebihan hujung tali.