Ikatan Pitzen merupakan ikatan yang kuat dan kukuh. Ia amat sesuai untuk mengikat mata kail bercincin atau swivel menggunakan flourocarbon atau nylon yang tebal.

 

Cara 1

Masukkan hujung tali kira-kira sejengkal lebih melalui lubang cincin.

Cara 2

Lalukan hujung tali di bawah tali utama.

 

Cara 3

Buatkan lingkaran dengan menindankan hujung tali ke atas tali utama.

Cara 4

Lilitkan hujung tali pada kedua-dua tali.

Cara 5

Lilitkan sekurang-kurangnya empat lilitan.

 

Cara 6

Masukkan hujung tali pada lingkaran pertama yang dihasilkan tadi.

 

Cara 7

Tarik hujung tali sehingga satu ikatan terhasil.

Cara 8

tarik pula tali utama dan ketatkan ikatan pada cincin.

 

 

Cara 9

Potong lebihan hujung tali dan ikatan telah siap dihasilkan.