SESETENGAH LOMBONG TINGGAL ADA DIDIAMI OLEH IKAN-IKAN GRED A SEPERTI JELAWAT NAMUN AGAK SUKAR UNTUK MENJINAKKANNYA. DENGAN SEDIKIT RAHSIA UMPAN YANG DIDEDAHKAN INI, ANDA AKAN BERPELUANG UNTUK MENCUBANYA DI MANA-MANA SPOT YANG DIDIAMI JELAWAT LIAR.

Bahan-bahan keperluan

  • 2 biji telur goreng hancur
  • Kelapa parut goreng
  • Tepung gandum
  • Minyak belangkas (Kicap Rohu A1)

 

LANGKAH 1

Masukkan kelapa parut goreng ke dalam bekas bancuhan.

 

LANGKAH 2

Campurkan telur goreng hancur sedikit demi sedikit sambil digaul bersama kelapa parut.

 

LANGKAH 3

Gaul kedua-dua bahan itu sehingga betul-betul sebati.

 

LANGKAH 4

Masukkan pula tepung gandum dan digaul sehingga menjadi doh yang sesuai.

 

LANGKAH 5

Masukkan minyak belangkas kira-kira 5-8 penutup.

 

LANGKAH 6

Uli adunan tersebut sehingga meresap bersama minyak belangkas.

 

LANGKAH 7

Sebaiknya uli adunan itu sehingga menjadi doh yang boleh dikepal dan tidak pecah.

 

http://umpan.karangkraf.com/polopoly_fs/1.656069.1491562761!/image/image.png

 

LANGKAH 8

Guna spring dua mata dan kepalkan adunan pada mata kail dan juga spring.

 

LANGKAH 9

Umpan yang sedia digunakan sama ada untuk teknik apung mahupun dasar.