Cara-cara penyediaan umpan

 

1. Terlebih dahulu rendam sekilogram palet 6363 dengan air kolam. Memadai dengan memasukkan air ke dalam bekas bancuhan berisi palet. Kemudian segera toskan dan biarkan sehingga palet menjadi lembut.

 

2. Sediakan satu botol kosong untuk campuran perisa. Kemudian masukkan 100 gm perisa pisang Original, 20 gm perisa honeydew Original dan 10 gm perisa badam Original. Goncang botol campuran perisa itu sehingga ia sebati.

 

3. Curahkan sedikit demi sedikit campuran perisa ke atas palet (campuran perisa tidak perlu dicurahkan kesemuanya) dan goncang bekas adunan sehingga setiap biji palet bersatu dengan campuran perisa. Biarkan seketika  adunan itu sebelum digunakan.

 

4. Ambil perambut dua mata kail. Cucurkan salah satu mata kail dengan palet dan satu lagi dengan jajan atau keropok jagung. Kemudian kepal palet kira-kira sebesar penumbuk pada mata kail yang dicucuk jajan. Sementara mata kail yang dicucuk palet dibiarkan bebas.

 

5. Palet yang dikepal haruslah kemas agar tidak berderai ketika dilontar dan tidak pula terlalu padat kerana akan melambatkannya berderai di dalam air. Lontarkan umpan ke lokasi ikan sering timbul. Ia boleh digunakan sama ada teknik dasar atau apung. Spesies patin, tongsan sisik halus dan rohu merupakan spesies sasaran umpan ini.