Palet merupakan makanan ikan yang terbaik untuk dijadikan umpan. Tanpa perlu dicampur apa-apa bahan sekalipun ia tetap akan dijamah oleh ikan. Namun mempercepatkan proses palet ini dijamah oleh ikan, ia perlu campur dengan bahan-bahan perisa. Dan proses terbaik bagi menyatukan padu palet dan perisa ini ia haruslah diperap atau diperam terlebih dulu.

 

Langkah 1

Masukkan 1 kg palet 6363 ke dalam bekas bertutup.

 

Langkah 2

Curahkan pati santan atau santan kotak 200 mililiter kemudian goncang agar pati santan mengenai kesemua palet.

 

Langkah 3

Taburkan yis segera anggaran 2-3 cubit dan goncang lagi bekas acuan bertutup.

 

Langkah 4

Curahkan pes perisa strawberi dalam anggaran 8-10 penutup dan goncang hingga sekata.

 

Langkah 5

Taburkan kira-kira segenggam besar kelapa parut dan goncang sekali lagi. Perap adunan ini dalam bekas tertutup kira-kira 1 hingga 3 malam.

 

Langkah 6

Basahkan sedikit adunan umpan yang telah diperam apabila ingin menggunakannya.

 

Langkah 7

Taburkan sedikit umpan gam jika perlu bagi mengelakkan biji palet ini berderai apabila dikepal.

 

Langkah 8

Gunakan spring dua mata kail dan cucuk mata kail dengan palet. Satu mata kail lagi dicucuk dengan jajan atau keropok jagung.

 

Langkah 9

Kepalkan palet pada spring dengan menyelitkan mata kail dicucuk jajan di dalam kepalan. Manakala mata kail di cucuk palet di luar kepalan.

 

Langkah 10

Umpan yang sedia digunakan dengan menggunakan teknik batu mati.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.668449.1493704117!/image/image.png