Bahan-bahan keperluan:

Perisa pandan kelapa Original

Perisa kelapa Original

Perisa badam Original

Perisa honeydew Original

Roti Potato

 

Cara penyediaan Umpan:

1. Kupas atau buang lapisan atas roti potato. Belah roti potato menjadi dua bahagian. Bahagian atas dipotong dadu sebagai bahan kepal manakala bahagian bawah pula dipotong dadu untuk dijadikan inti yang dicangkukkan pada mata kail.

2. Sediakan satu botol kosong. Masukkan 100 gram perisa pandan kelapa Original (anggaran 10 penutup botol), 50 gram perisa kelapa Original (anggaran 5 penutup botol), 20 gram perisa honeydew Original (anggaran 2 penutup botol) dan 1 gram perisa badam Original (anggaran 1 atau 2 titik). Goncang botol yang berisi campuran perisa ini sehingga ia menjadi sebati.

 

Cara menggunakan umpan:

 

1. Sebaik-baiknya dapatkan dua plastik kosong bagi membancuh roti potato untuk inti dan kepal. Masukkan kira-kira 5 penutup umpan campuran perisa (bergantung kepada kuantiti roti yang digunakan) ke dalam dua plastik kosong. Ratakan umpan keseluruh bahagian plastik.

2. Masukkan roti untuk kepal dan inti ke dalam dua plastik berasingan yang telah diratakan dengan umpan. Kembungkan plastik yang berisi roti dan umpan, goncang perlahan-lahan agar setiap inci roti mengenai umpan.

3. Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail dengan beberapa roti dadu yang bersalut umpan perisa campuran (inti). Gabungkan kedua-dua mata kail tersebut (atau salah satu daripadanya) dan kepal dengan roti dadu (kepal) sehingga menjadi seperti bebola. Sebaiknya biarlah kepalan itu tidak terlalu longgar atau terlalu padat.