Ikatan yang kuat , pasti tidak akan membuat kaki pancing berputih mata . World Fair Knot antara ikatan yang mudah, simple tetapi kuat. Ikatan ini juga sesuai untuk mengikat mata kail menggunakan perambut fluorocarbon dan mata kail bercincin.

 

Langkah 1

Mula-mula lingkarkan tali utama kira-kira sejengkal.

 

Langkah 2

Masukkan bahagian tali yang dilingkarkan ke dalam cincin swivel.

 

Langkah 3

Tindankan lingkaran tali yang dimasukkan melalui swivel ke atas tali utama.

 

Langkah 4

Pegang dan naikkan dua tali yang berada di bawah lingkaran untuk memudahkan langkah berikutnya.

 

Langkah 5

Ambil hujung tali dan masukkan melalui ruang yang di bawah dua tali yang dinaikkan itu.

 

Langkah 6

Masukkan pula hujung tali ke dalam lingkaran baru yang terhasil tadi.

 

Langkah 7

Tarik hujung tali dan satu simpulan akan terhasil.

 

Langkah 8

Seterusnya tarik tali utama sehingga simpulan terikat kemas pada cincin swivel.

 

Langkah 9

Potong hujung lebih tali dan ikatan telah berjaya dihasilkan.