Kalaulah harga joran mencecah ribuan ringgit sekalipun, jika tidak dijaga dengan cermat akan rosak juga. Jadi abang-abang semua, apa kaedah yang anda gunakan untuk memastikan kualiti joran kalian sentiasa‘tip top’? Kebanyakan joran dijaga dengan cara yang lebih kurang sama.

Berikut adalah lima tip mudah untuk menjaga joran anda, mungkinkah anda menggunakan cara yang berbeza?

 

BERSIHKAN JORAN

 

1.    Bersihkan joran sebelum disimpan. Sesetengah kaki pancing suka bertangguh untuk membersihkan batang joran. Sekiranya anda memancing di air masin, membersihkan joran adalah paling utama bagi menjamin ketahanan joran.

 

LAP KERING JORAN

 

2.    Sebelum menyimpan joran anda, pastikan ia sudah dikeringkan sepenuhnya. Gunakan kain bersih untuk mengelap joran selepas dibersihkan.

 

GLIS MINYAK

 

3.    Sapukan minyak pada cincin dan lapkan lebihan minyak.

 

SIMPAN DI TEMPAT KHAS


4.    Dapatkan beg khas untuk menyimpan joran atau letakkan joran anda di tempat simpanan yang sepatutnya.

 

ELAKKAN TERKENA PANAS

 

5.    Jika mahu menyimpan joran, pastikan ia tidak terkena panas dan elakkan daripada meletakkannya di dalam kereta. Suhu panas boleh merosakkan joran anda terutamanya joran jenis grafit.



Adakah anda mempunyai sebarang tip atau petua lain untuk menyimpan joran anda?



Jom follow media sosial kami di :
Facebook : www.facebook.com/Majalah-Umpan
Instagram : @majalahumpan
Twitter : @UmpanOnline             
Youtube : majalah umpan