Ada banyak teknik atau petua yang digunakan kaki pancing untuk menangkap udang galah. Adakah benar udang galah sukar untuk ‘dijatuhkan’? Apakah taktik untuk memancing udang galah meragut umpan yang ditawarkan? Pertama sekali, kenali dahulu spesies ini. Barulah anda ada pengetahuan untuk menaikkannya. Entri kali ini memberi beberapa tip yang boleh anda ikuti untuk menangkap udang galah.

 

  • Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor yang boleh makan apa sahaja di hadapannya. Bagi memudahkan kita untuk mengesan udang galah, seeloknya gunakan umpan berbau. Jika di kawasan air jernih, udang galah sangat peka dan agak sukar untuk ditangkap melainkan jika dipancing pada waktu malam atau di lokasi yang didominasi haiwan ini.

 

  • Umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah adalah perumpun. Antara perumpun yang digunakan adalah jenis sarang, bakau, pantai, dan nipah. Gunakan cacing tanah atau anak udang sebagai umpan juga digalakkan. Isi kerang, remis, dan isi ikan juga selalu dijadikan umpan untuk memperdayakan sang udang galah. Sebenarnya idak sukar untuk mengumpan udang galah kerana spesies ini tidak cerewet. Udang galah boleh makan ikan longkang sama ada ia mati atau hidup. Mudah kan?

 

  • Ada pilihan lain seperti jantung atau hati ayam tetapi lebih sesuai digunakan jika anda memancing di kolam. Jangan pasang umpan yang terlalu besar pada mata kail kerana ia akan melambatkan udang galah untuk menelan mata. Sebaiknya sediakan umpan yang sepadan dengan mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenisnya bergantung pada batang pancing.

 

  • Kebanyakan kaki pancing suka untuk menangkap udang galah kerana ia tidak bermusim. Tapi waktu terbaik untuk mendapatkan udang galah adalah pada musim kering (tiada hujan sebelumnya). Selain itu, menghendap udang galah pada waktu malam juga lebih mudah.

 

  • Seandainya anda memilih kawasan pendalaman seperti hulu sungai atau bekas lombong lama, eloklah ambil berat tentang soal keselamatan. Tempat yang tidak dikenali seperti itu biasanya berbahaya. Jika anda anda terdengar cerita tidak ‘elok’ tentang lokasi itu, tak perlulah menempah bahaya unuk ke sana.

 

  • Jika anda mahu mencari udang di muara sungai, biasanya udang galah akan banyak selepas beberapa hari turunnya hujan di tempat itu. Bila hujan, airnya akan keluar ke laut melalui sungai. Haaa... Air inilah yang membawa udang galah bersama. Pada waktu ini, udang galah akan banyak di kawasan muara sungai. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila air di muara sungai kembali payau atau masin.

 

  • Perambut yang dicadangkan adalah yang menggunakan tangsi 6-12 paun. Ia sudah memadai untuk menampung berat udang. Tali tangsi 12 paun boleh menampung sebanyak 5.5kg (maksiumum). Kebiasaannya, berat udang galah dalam lingkungan 50-500gm sahaja. Gunakan mata kail nombor 6 hingga mata kail nombor 8 kerana saiz ini paling sesuai.

 

 Kesimpulannya, udang galah tidak bermusim. Bila-bila masa pun ada! Cuma mungkin kurang sedikit di muara sungai selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.

 

 

 

Jom follow media sosial kami di :

Facebook : www.facebook.com/Majalah-Umpan

Instagram : @majalahumpan

Twitter : @UmpanOnline             

Youtube : majalah umpan