Memang tak dinafikan assist hooks untuk  jigging banyak terjual di kedai-kedai pancing. Harga assist hooks ni pun boleh tahanlah juga. Nak senang, beli ajelah. Namun tidak sempurna ilmu seseorang jigger itu sekiranya menggunakan assist hooks ready made buatan kedai. Baru la setaraf dengan anglers jepun kalau pandai buat sendiri.

 

Cara-cara menghasilkan assist hooks sendiri

 

1. Potong tali kevlar kira-kira 4 inci.

2. Lekapkan hujung kevlar di bahagian belakang teras mata kail.

3. Gunakan tali sulam 8-10 lb untuk mengikat kevlar pada teras mata kail.

 

4.Buatkan satu simpulan pada mata kail dan tarik tali kevlar berada di bahagian depan mata kail.

 

5.Titikkan gam pada kesemua ikatan yang dihasilkan tadi.

6.Pastikan simpulan tersebut betul-betul ketat dan kemas pada mata kail.

 

7.Ulangi proses yang sama pada mata kail yang kedua.

 

8.Gunakan jig untuk menggantungkan mata kail sebagai pengimbang untuk mengikat solid ring.

 

9.Masukkan shrink tube bakar dengan pemetik api.