Assist hook sebenarnya tidak lebih daripada sekadar sebentuk mata kail yang dipadankan dengan tali sulaman pendek yang kuat. Assist hook sinonim dengan teknik jigging dan dipasangkan pada split ring. Secara mudahnya, assist hook ialah mata kail tambahan pada jig. Biasanya assist hook dijual secara berpasangan.

 

Penggunaan assist hook ialah untuk meningkatkan peratusan ikan tercangkuk pada mata kail ketika anda strike ikan dan mengelakkan ikan terlucut atau pun terlepas kerana anda menggunakan 2 bilah mata pada jig.

Nasihat saya, seeloknya buat sendiri assist hook, kerana anda akan lebih berpuas hati dan ia perkara mudah untuk membuatnya dan yang paling penting ia menjimatkan wang anda.