Terdapat pelbagai jenis bentuk dan gaya jaket keselamatan di pasaran namun pada asasnya ia  terbahagi kepada dua jenis sahaja iaitu foam (gabus) dan gas. Material styrofoam yang dibalut dengan kain yang dibentukkan sebagai baju luaran. Manakala jaket keselamatan gas adalah  dari pelampung udara yang bertindak secara automatik apabila picu ditarik atau alat pengesan air berfungsi dan memberi impak gas CO2 kepada seluruh ruang pelampung.

 

Jaket keselamatan yang diperbuat daripada styrofoam mempunyai daya apungan yang minima mengikut kualiti. Bagi kualiti sederhana ia mampu mengapungkan manusia seberat 80 kilogram dalam masa 4jam. Tarik perhatian dengan meniup wisel dan berada di kawasan terbuka lebih mudah untuk dilihat. Jaket keselamatan jenis gas mampu mengapung untuk tempoh lebih panjang dan boleh ditambah udara melalui tiupan nafas.

 

Ciri-ciri jaket keselamatan yang perlu kita ketahui adalah ia mestilah berwarna terang, mempunyai wisel, warna pantul cahaya dan tali kekunci yang baik untuk mengapungkan manusia. Tarik perhatian dengan meniup wisel dan berada di kawasan terbuka lebih mudah untuk dilihat.

 

Sekiranya berlaku kemalangan semasa melakukan aktiviti memancing, keselamatan perlu diutamakan. Gunakan jaket keselamatan yang selesa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan selenggara mengikut masa yang ditetapkan. Tukar jaket keselamatan yang telah lusuh atau gas CO2 yang telah tamat tempoh.