Kisah Berkley diinspirasi dari satu cita-cita yang menjadi kejayaan tanpa diduga. Segalanya hasil daripada kerja keras, pengorbanan dan jatuh bangun untuk menaikkan nama Berkley hingga ke peringkat global. Kejayaan Berkley bukanlah hanya datang daripada seorang insan bernama Berkley Bedell sahaja, bahkan ia meliputi keseluruhan pasukan yang berdedikasi dan pengguna yang setia yang sanggup mengambil risiko untuk menaikkan nama produk ini.

 

Semuanya bermula pada Jun 1937, di Spirit Lake Iowa, Amerika Syarikat apabila seorang pemuda  berumur 16 tahun bernama Berkley Bedell melaburkan wang $50.00 hasil daripada pekerjaan menghantar surat khabarnya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual ‘flies’buatan tangan ke kedai-kedai pancing berhampiran. Pada masa yang sama, beliau turut menjualnya kepada pemancing-pemancing yang bercuti di kawasan Spirit Lake pada waktu itu.

 

Dengan hanya menggunakan barang-barang terpakai seperti klip rambut dan bulu ayam yang didapati menghasilkan ‘flies’, ‘silkworm gut’, dan ‘cable wire leaders’ di rumahnya. Perniagaan ini kemudiannya berkembanghingga ke kawasan ruang tamu dan ruang bawah tanah rumah keluarganya. Selepas menghabiskan pengajiannya di universiti dan berkhidmat untuk Army Air Corps, Berk akhirnya kembali ke Spirit Lake pada tahun 1945 untuk memulakan Berkley and Company. Pada waktu itu, fokus utama perniagaannya adalah terhadap ‘cable wire leaders’.

Kemudiannya semasa membaca Popular Science, Berk mendapat tahu tentang sebuah syarikat di Connecticut yang menghasilkan ‘nylon-covered cable’ yang digunakan khas untuk ikatan pada kapal layar. Selepas melawat syarikat berkenaan, Berk mula menghasilkan ‘nylon-coated wire’ yang berguna untuk dijadikan ‘fishing leaders’. Akhirnya Steelon leader diperkenalkan dengan slogan “nylon leader with a heart of stainless steel”.

 

Berk kemudiannya turut berminat dengan penghasilan ‘nylon monofilament’ untuk tali pancing. Dari sinilah bermulanya jenama Trilene diperkenalkan. Pada tahun 1959, Berkley memperkenalkan Trilene pada masa yang sama dengan syarikat DuPont juga memperkenalkan Stren. Di dalam proses untuk memperkenalkan jenama baru ini, Berk menghantar beribu sampel tali kepada kedai pancing berhampiran dan meminta pemilik kedai  untuk memberikan sampel ini kepada pemancing terbaik yang sering berkunjung ke kedai mereka untuk dicuba. Ternyata pemancing yang menggunakannya amat menyukai tali tersebut dan ini memberi permulaan yang baik kepada Berkley Trilene.

 

Empat dekad seterusnya menyaksikan pertumbuhan yang lebih hebat buat syarikat ini. Pada 1960 Berkley mula memasuki bidang penghasilan rod yang mana ia berkembang hingga ke peringkat global pada tahun 1970-an. Pada tahun 1980 pula menyaksikan permulaan untuk umpan tiruan berasaskan getah atau lebih dikenali dengan nama ‘soft plastic’. Tahun  1990 hingga ke hari ini melihat kepada lebih banyak kemajuan teknologi diperkenalkan syarikat ini.

Fasa-fasa’research and development’ diteruskan untuk menghasilkan lebih banyak produk berkualiti selaras dengan permintaan kaki pancing. Inovasi produk keluaran syarikat ini seperti Berkley Trilene, the Lightning Rod, PowerBait, FireLine dan Gulp masih berterusan hingga ke hari ini.