Dalam siri kekili baitcasting, Abu Garcia telah menghasilkan sebuah kekili yang paling laju di dunia ketika ini, iaitu Abu Garcia Revo Rocket.

Dengan kuasa menakjubkan 37” of line retrieve per turn of the crank handle menjadikan Abu Garcia Rocket yang baru ini yang terpantas di dalam keluarga Revo. Dengan nisbah gear 9.0:1, kekili ini begitu sesuai untuk mereka yang menggemari teknik persembahan topwater, spinnerbaits, buzzbaits ataupun untuk melontarkan karauan sesudu. Abu Rocket Revo pasti menjadi teman yang lengkap buat anda terutama untuk teknik yang memerlukan karauan yang pantas.

Didatangkan dengan EVA knobs yang besar, sudah pastinya setiap karauan Revo Rocket ini memberi cengkaman yang selaras dengan nisbah gear kelajuan tinggi.

CIRI-CIRI ABU GARCIA REVO ROCKET:-

• 10 stainless steel HPCR bearings + 1 roller bearing yang berfungsi sebagai pelindung kakisan.
• X-Craftic alloy frame dan sideplates untuk meningkatkan kuasa ketahanan kakisan.
• Sistem drag carbon matrix™ menghasilkan tekanan drag yang lebih lancar dan konsisten kepada keseluruhan sistem drag.
• EVA knobs yang besar memberikan cengkaman yang lebih baik.
• Pemegang karbon yang melengkung meningkatkan kuasa karauan.
• D2 Gear Design menyediakan sistem gear yang lebih cekap dan dapat meningkatkan ketahanan gear.
• Infini brake system dapat memudahkan anda menyesuaikan diri untuk memancing di dalam apa jua keadaan.
• Rekabentuk spool Infini II untuk extended castability dan bebanan yang berat.
• Ti coated line guide dapat mengurangkan geseran dan meningkatkan ketahanan.



VILLAIN ROD
Tercari-cari padanan rod yang sesuai untuk baitcaster Abu Garcia Revo Rocket
atau reel anda yang lain. Apa kata anda cuba rod Villain, iaitu rod generasi baru
AbuGarcia. Kombinasi bahan C6 dan 40 Ton grafit, rod ini amat sensitiviti dengan
membenarkan getaran dihantar secara langsung kepada pemancing.