Sebuah kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati lelaki yang berkepala botak didapati lebih seksi, maskulin dan setia. Kajian yang sama turut mendapati lelaki botak yang tidak memakai rambut palsu dan berasa malu dengan imej botaknya itu lebih berkeyakinan dan dominan berbanding dengan lelaki yang mempunyai rambut.

Kajian yang dijalankan oleh American Hair Loss Association ini mendedahkan bahawa 2/3 daripada lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut sebaik usia mereka mencecah 35 tahun dan 85% lelaki akan kehilangan rambut dalam jumlah yang besar sebaik saja mereka mencecah usia 50 tahun. Sekiranya dahulu, lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut lebih cenderung untuk menyembunyikan masalah mereka di sebalik kopiah, topi dan rambut palsu, namun kini, masyarakat sudah boleh menerima imej berkepala botak ini.

Namun, itu merupakan kajian lelaki botak secara umum. Tapi bagaimana pula kalau pemancing botak? Mungkin pemancing botak itu lebih hanyir, skil dan power?