Jigging merupakan salah satu teknik yang cukup digemari oleh kaki pancing. Antara sebabnya ialah besi jig mudah untuk dibawa dan mempunyai tarikan warna yang memukau selain cukup efektif apabila digunakan. kejayaan anda mungkin terletak pada pemilihan warna.

Dewasa ini, pemancing gemar menggunakan teknik jigging kerana besi jig mempunyai daya ketahanan yang unggul selagi tidak lebur disebabkan perambut dipotong atau tersangkut. Tetapi, jika anda menggunakan besi jig, salah satu faktor kejayaan anda mungkin terletak pada pemilihan warna.

Perlu diingat warna pada badan jig berbeza di dalam air berdasarkan bagaimana penetrasi cahaya ke dalam air pada masa itu. Faktor warna jig memainkan peranan penting ketika unjunan untuk menarik perhatian ikan.

Pemilihan warna jig sangat kritikal bergantung kepada kedalaman air. Jadual ini mungkin membantu anda dan memberikan alternatif pilihan untuk memilih warna jig yang sesuai mengikut kedalaman kawasan pancingan anda.

Warna                                     Kesan Optimum Untuk Kedalaman

Merah (Red)                           0 - 30 F

Oren (Orange)                       0 - 45 F

Kuning (Yellow)                     0 - 60 F

Hijau (Green)                         0 - 80 F

Biru (Blue)                              0 - 100 F

Ungu (Purple)                        0 - 120 F

Perak (Silver)                         0 - 120 F Ke Atas

Bercahaya (Luminous)        Waktu Malam Atau Lebih 120 F

Warna jig di atas berdasarkan penetrasi cahaya pada kedalaman tertentu. Namun tidak salah untuk kaki pancing memilih warna-warna berbeza dari warna berkenaan. Selalulah bertanyakan kepada yang arif dan juga tekong sebelum anda turun jigging.